Thursday, October 8, 2009

Percutian Hari Raya

Assalamualaikum ..

Sempena bulan baik ini, saya ingin memohon kemaafan sekiranya ada yang terluka atau tersinggung akibat dari mulut yang tidak bertulang ini. Hari ini saya bercerita sedikit tentang perjalanan hari raya baru-baru ni.
Pagi hari raya :- Seperti biasa pergi sembahyang le lepas tu sambut tetamu sampai malam, letih tu dah tentu le tapi seronoknya ialah ramai saudara mara datang.
Raya kedua :- paginya bersiap untuk bertolak ke Pantai Remis , Perak. Rumah mertua le. Sampai sana dalam pukul 4.00 petang. Sampai lewat bukan pasal jem tapi pasal keluar lewat dari rumah dah tu kat highway tak berani nak pecut.
Raya ketiga : - balik semula ke Kedah sampai rumah dalam pukul 2.00 pagi. saya bertolak dari Pantai Remis dalam pukul 10.00 malam.
Raya kempat :- Pagi saya and my family bersiap ke Pulau Langkawi. Di sana member saya dah siap tunggu dengan MPV yang dijanjikan.

Maka bermulalah percutian kami selama 3 hari 2 malam di sebuah Resort tah apa namanya tak ingat le pula tapi secara ikhlasnya memang ok le. Tu le gambar saya berlatar belakangkan resort tu. Cantikkan..





Ini gambar anak sulung n bongsu(setakat ni le )







Ini beberapa keping gambar kenangan di Langkawi...

No comments:

Jam Hari Ini