Thursday, July 30, 2009

Khabar Berita

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dah lama aku tak menulis blog ni, tapi semenjak member aku buat blog dok cerita pasal perkara-perkara lama tu syok juga nak tulis balik.

Ni aku nak cerita sikit pasal kawan baik aku. Nama si polan ini ialah Adnan bukan Leftenan Adnan tapi Cikgu Adnan. Insan ini aku kenal dia semasa aku mula-mula menjejak kaki di bumi Palong 14 kat Negeri Sembilan. Nan ini jenis orang yang baik juga le kiranya he..hee. Dia dia nampak macam lembut tapi keras juga. Jari-jari dia semua lembut.... tapi dia tak le macam .... faham-faham le nye.
Teringat satu ketika semasa kami pergi memancing kat suatu tempat dalam kawasan kebuk kelapa sawit , umpan tak de, apa yang kami bawa ialah roti dan air. Kami memancing guna umpan roti . Ikan tak dapat roti habis. Dah habis umpan kami pun balik le.

Satu lagi cerita yang aku nak ceritakan ialah, kali pertama sahabat aku nak keluar dating.. jangan marah no... Aku ni kira macam tok guru dia le bab-bab mengorat ni. Aku bagi dia pinjam baju kesayangan aku sebab aku tengok baju yang dia nak pakai tu tak senonoh nak pi dating. Jadi aku pun bagi le pinjam baju kesayangan aku tu. Sampai hari ini, bila aku tengok baju tu mesti aku teringat bahawa baju ini pernah jadi saksi bahawa sahabat aku ni pernah pakai untuk pergi dating... he...he..

Ok tu le sedikit cerita dia buat kali ini. Nanti aku cerita lagi.

Jam Hari Ini